SEJARAH PENUBUHAN KELAS PENDIDIKAN KHAS
Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di SK Tasek Utara, Johor Bahru telah dibuka pada bulan September 2005 dengan hanya seorang murid dibawah kelolaan Pn. Norzilah binti Hj. Abd Kadir. Pada tahun 2006 jumlah murid yang berdaftar telah bertambah sedikit demi sedikit sehingga berjumlah 9 orang pada akhir tahun dengan seorang guru.
Pada tahun 2007 bilangan guru telah bertambah dan jumlah murid juga turut meningkat seramai 11 orang. Pada tahun ini juga Kelas Pendidikan Khas telah dinaiktaraf khusus untuk kemudahan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah ini.
Tahun demi tahun jumlah murid semakin meningkat sehingga kini terdapat 2 buah kelas Pendidikan Khas telah dibuka dengan pelbagai kategori seperti Hyperaktif dan Epilepsi, ADHD, Down Sindrom, Slow Learner, Autisme, Dysleksia dan Celebral Palsi.
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA
Sekolah Kebangsaan Tasek Utara
telah dibina di atas tapak sebahagian Lot TLO 7904, Jalan Larkin, Johor Bahru. Keluasan Projek bangunan sekolah ini dianggarkan sekitar 2-4 hektar.
Tarikh pemilikan tapak bangunan dan projek keseluruhan sekolah ini telah diluluskan pada 7 September 2000.
Kerja-kerja pembinaan mula dijalankan sebulan dari tarikh itu dan projek ini dijangka dapat disiapkan
dalam tempoh masa 24 bulan (2 tahun).
Nilai kontrak keseluruhannya ialah RM 9.5 juta.
Projek ini dibina secara rundingan terus “Design and Build”.
Malangnya atas sebab-sebab tertentu pembinaan projek ini telah terlewat dari jadual.
Penyerahan rasmi projek sekolah ini hanya dapat dilakukan setelah semua kerja-kerja berkaitan
dengannya dapat disiapkan iaitu pada tarikh 15 Oktober 2003 (Rabu) jam 3.00 petang
bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Tasek Utara.
Majlis Pengoperasian Sekolah telah disempurnakan pada 16 Disember 2003
oleh Tuan Haji A
Hamid b Abu Hassan, wakil rasmi Jabatan Pelajaran Johor, Puan Hajjah Satia bt Kassim,
Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, En Mohd Annuar b Buran, Guru Penyelaras Sekolah ini
dan Encik Ibrahim bin Ali selaku Guru Besar pertama sekolah ini.
Bermulalah era dalam alam pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara ini.
Pada 14 April 2005, satu pertukaran Guru Besar telah berlaku dimana En Ibrahim b Ali,
Guru Besar asal telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas Johor Bahru dan diganti
oleh Pn Hjh.Tuan Rafingah bt Tuan Soh dari Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 Johor Bahru.
Pentadbir sekolah berganti dengan pertukaran Pn Hjh. Rafingah bt Tuan Soh ke SK Taman Sutera, dan diganti dengan
Tn. Hj. Arbakem Bin Haron pada Jun 2008, sehingga beliau bersara wajib pada 05 Jun 2010. Kini jawatan Guru Besar SK Tasek Utara
disandang oleh Pn Hjh. Badariah bt Ab.Hamid.