Kanak-kanak yang berkategori masalah pembelajaran adalah kategori yang rencam dengan pelbagai jenis kategori termasuk lembam (slow learner), down sindrom, autisma, palsi serebrum (cerebral palsy), masalah komunikasi, dan perkembangan bahasa, masalah emosi dan tingkah laku, kecacatan anggota, hiperaktif (ADHD), ADD, hipoaktif dan pintar cerdas.
1. LEMBAM (SLOW LEARNER)
Kanak - kanak lembam (slow learner) ialah kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas aliran perdana. Kanak-kanak lembam (slow learner) biasanya lambat untuk mencapai objektif pengajaran yang mudah serta objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang terlalu lemah atau rendah.
2. DOWN SINDROM
Kanak-kanak dowm sindrom dapat dikesan sejak lahir kerana fizikal mereka jelas memaparkan kategori tersebut. Kanak-kanak sindrom down mempunyai rupa paras yang hampir sama mata sepet, jari besar, muka leper, dan mengalami terencat akal sama ada ringan atau sederhana. Dalam aspek pertuturan kanak-kanak ini biasanya mengalami kesulitan untuk bertutur dan lambat menguasai kemahiran bertutur. Dalam aspek kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran ini dapat dicapai dengan kadar yang lambat bergantung kepada tahap kanak-kanak itu sendiri.
3. AUTISMA
Autisma adalah keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Kanak-kanak ini mempunyai ciri ketidakupayaan dalam komunikasi, interaksi soaial, gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi. Kanak-kanak autisma sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Kebanyakkan kanak-kanak autisma mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa-apa yang diperkatakan oleh orang lain. Mereka tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.
4. PALSI SEREBRUM (CEREBRAL PALSY)
Istilah serebrum merujuk kepada otak manakala palsi bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun postur. Orang yang mengalami palsi serebrum bermaksud mereka ini tidak dapat menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal, akibat kerosakan dalam otak. Terdapat 3 jenis palsi serebrum iaitu palsi serebrum spastik, palsi sebrum athetosis dan palsi serebrum ataxia.
Palsi serebrum adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan otak, terutamanya kawalan otot dan koordinasi. Bergantung pada bahagian otak yang rosak, satu atau lebih daripada yang berikut :
- Ketegangan otot
- Pergerakan tapa diarah
- Gangguan dalam mobiliti
- Sensasi dan persepsi yang abnormal
- Kecacatan dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan
- Sakit secara tiba-tiba.
0 comments:
Post a Comment